PRIVACY POLICY

Bahasa Malaysia | English

Mitrajaya Holdings Bhd dan subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikatnya ("kami" atau "kita") menghormati dan berkomited bagi perlindungan maklumat peribadi anda dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini ("Notis"), yang disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"), ditetapkan sebagai amalan-amalan perlindungan data peribadi kami yang dilaksanakan untuk melindungi data peribadi individu yang berurusan dengan kami. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia daripada Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris harus diguna pakai.

Sila ambil perhatian bahawa kami boleh meminda Notis ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu anda tentang apa-apa pindaan tersebut melalui laman web kami atau melalui e-mel.

Koleksi data peribadi

Data peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:

Maklumat hubungan seperti nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan pengenalan (termasuk Kad Pengenalan atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa pilihan, alamat swasta dan/atau perniagaan semasa, telefon dan/atau nombor telefon bimbit (-telefon bimbit), nombor faks dan alamat e-mel (-alamat), julat pendapatan, maklumat ahli keluarga, pekerjaan dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan pembelian hartanah daripada kami.

Pendedahan data peribadi anda

Data peribadi yang disediakan kepada kami secara umumnya akan disimpan rahsia tetapi anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk menyediakan atau mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen kami, kontraktor, pembekal perkhidmatan, juruaudit-juruaudit kami, perunding-perunding, akauntan-akauntan, peguam–peguam atau lain-lain kewangan atau penasihat professional, mana-mana pihak yang kami berada di bawah kerperluan perundangan untuk mendedahkan Data Peribadi kepadanya di bawah undang-undang terpakai atau sebagai jawapan kepada badan berkuasa, termasuklah agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan/atau pengawal selia industri termasuk tetapi tidak terhad kepada pejabat tanah, pendaftaran tanah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan juga kepada mana-mana pihak ketiga menurut mana-mana perintah mahkamah.

Integriti data peribadi

Kami akan mengambil semua langkah-langkah munasabah bagi memastikan bahawa data peribadi yang dikumpul, digunakan atau didedahkan tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

Keselamatan data peribadi

Kami akan mengambil semua langkah-langkah munasabah untuk melindungi data peribadi yang kami pegang daripada kehilangan, salah-guna, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Kami tidak akan menyimpan data peribadi lebih lama daripada yang diperlukan dan akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memusnahkan atau mengenal pasti balik data peribadi secara tetap.

Pemindahan data dan perkongsian

Di mana kami anggap perlu atau sesuai bagi tujuan-tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada Gabungan yang lain di dalam atau di luar Malaysia, di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap keselamatan perlindungan yang sama.

Akses dan Pembetulan

Anda mempunyai hak untuk:

  • memeriksa sama ada kami memegang atau menggunakan Data Peribadi dan meminta akses kepada yang sama;
  • meminta kami untuk membetulkan sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini;
  • memaklumkan kami bantahan anda kepada penggunaan Data Peribadi untuk matlamat pemasaran;
  • menarik balik, sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan perundangan yang terpakai, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
Pindaan Dasar Perlindungan Data Peribadi Kami

Kami boleh, dari masa ke semasa, perlu atau dikehendaki menukar Dasar Perlindungan Data Peribadi kami untuk mematuhi atau menjadi selaras dengan perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang terpakai serta operasi dan dasar perniagaan kami. Oleh itu, anda mungkin ingin mengkaji sebarang perubahan kepada Dasar Perlindungan Data Peribadi kami di laman web ini dari masa ke semasa.